Isteri CEO Viral Oleh Batiah Hadi (2020)

 

Judul: Isteri CEO Viral
ISBN: 978-967-86-0965-4
Halaman: 480
Penulis: Batiah Hadi

Sinopsis
Benjamin Idris atau Ben merupakan CEO terkenal di media sosial. Bella pula seorang gadis biasa yang masih menganggur. Dia terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Pada suatu hari, Ben menyelamatkan Bella daripada samseng di sebuah pusat hiburan. Sejak itu, mereka asyik bertemu.

Apabila gambar Ben dan sepupunya, Erinna tular di media sosial, Ben memaksa Bella mengahwininya. Mereka perlu menularkan imej sweet dan lovely sebagai relationship goal untuk mengaburi pandangan netizen terhadap gosip Ben dan Erinna. Namun, awal-awal lagi Ben sudah memberi amaran kepada Bella supaya jangan jatuh cinta padanya.

“Saya berterus terang supaya awak tak kecewa bila tiba-tiba awak jatuh cinta pada saya. Saya tak nak awak salah faham dengan semua perhatian dan layanan saya bila kita kahwin nanti. Saya buat semua tu mungkin sebab nak selamatkan syarikat saya aje.” - Ben

“Awak tak ada hati perut, Ben. Sanggup awak ugut saya kahwin dengan awak? Awak gunakan kelemahan saya untuk paksa saya kahwin dengan awak. Boleh ke saya jatuh cinta dengan orang macam tu?” - Bella

Mampukah mereka untuk tidak jatuh cinta? Pada masa yang sama, hubungan mereka diuji dengan kisah lampau. Hatta masih berharap pada Bella. Malika pula tidak berhenti mengejar Ben dan juga Erinna yang mula sedar dia harus merebut Ben daripada Bella.
 
Paling Cida suka bila pertemuan kali kedua antara Ben dan Bella di gerai burung puyuh goreng. Pertemuan itu bersambung kepada Ben menyelamatkan Bella dari dicabul oleh lelaki tua yang Bella hormati. Kejadian itu tidak berhenti disitu, dan membawa kepada pertemuan seterusnya yang mengikat Ben dan Bella.

Jalan cerita menarik, banyak mengenai Bella yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya. Ben yang romantik, Bella yang cuba untuk mengatasi traumanya terhadap kisah lalu bertambah menarik.

Kesudahan cerita yang menarik buatkan Cida nak baca dan baca lagi. Bella oh Bella, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan?

11 comments:

  1. Ada ternampak novel ni. Tapi tak pernah baca lagi.

    ReplyDelete
  2. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  3. mnenarik sinopsis dia....
    nanti klu berkesmpatan, bole cari novel ni :)

    ReplyDelete
  4. Ada ternampak novel ni kat Popular book baru- baru ni...tapi tak beli plak..baca sinopsis best...

    ReplyDelete
  5. bestnya klu hidup kita ni mcm novel hehehe

    ReplyDelete
  6. menarik pula baca review Cida ini..

    ReplyDelete