Get Well Soon ! Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Minggu lepas, Cda melalui pengalaman yang agak menakutkan dan memenatkan. Semuanya bermula pada Ahad lepas apabila Cda tiba-tiba merasa kurang selesa. Segala aktiviti harian dilakukan seperti biasa.
Pagi Isnin, demam panas datang secara mendadak, sakit tekak mulai terasa. Cda terus ke klinik untuk dapatkan ubat. Hasil pemeriksaan, tonsil mulai membengkak dan doktor terus berikan ubat antibiotik dan Cda diberi rehat pada hari tersebut.
Tanpa ribut mahupun angin, petang Isnin suhu badan melonjak hingga melebihi 40 darjah Celsius. Cda rasa sangat lemah dan tidak berdaya, dan pada masa itu. Suami terpaksa membawa Cda untuk ke hospital. Di sana, doktor mengesahkan bahawa Cda perlu ditambah air, kerana sudah mengalami dehidrasi. Di hospital, ujian Influenza, Denggi dan Kobid dilakukan, hasil keputusan adalah negatif, Alhamdulillah. Mereka memantau keadaan Cda dengan teliti. Setelah itu, Cda dibenarkan pulang ke rumah pada lewat malam, dan dinasihatkan untuk berehat dirumah.
Setelah hari ke-4, demam makin surut, yang tinggal batuk berkahak. Sebelum masuk kerja, Cda berjumpa doktor semula berikutan batuk yang masih tidak hilang. Doktor mula mengesyaki bahawa Cda mungkin menghidap bronkitis, satu keadaan radang pada saluran pernafasan. Cda diberi nebulizer (NAB) untuk membantu melegakan pernafasan dan mengurangkan radang. Doktor nasihat untuk rehat sambung berehat sehingga keadaan pulih sepenuhnya.
Alhamdulillah, setelah hampir seminggu di uji, sekarang Cda sudah mula merasa sedikit lebih baik. Cda masih perlu menjaga diri, banyak berehat, dan mengikut semua nasihat doktor agar pulih sepenuhnya. Kejadian ini mengingatkan Cda betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan, terutama ketika kita mula mengalami demam atau sebarang gejala yang menunjukkan ketidakseimbangan tubuh. Cda bersyukur kerana mendapat rawatan yang tepat pada waktunya, dan kini Cda dalam proses pemulihan.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan doa sepanjang Cda sakit. Semoga pengalaman ini menjadi peringatan untuk kita semua agar lebih berhati-hati dengan kesihatan dan segera mendapatkan rawatan yang diperlukan apabila menghadapi gejala yang serius.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhi segala penyakiy yang memudaratkan.
11/24/2024 09:53:00 pm
Read more ...