Pengalaman Sofia - Buang Tonsil. Entri kali ini terperam agak lama, iaitu entri bulan Februari 2023 yang lalu. Sofia dari berumur 1 tahun selalu demam panas, setiap kali demam suhu sekitar 40°C. Masa tu takut risau bercampur, dan berserah kepada Allah S.W.T keadaan dia.

Setiap bulan boleh dikatakan Sofia akan demam panas. Setiap kali demam, tonsil membengkak dan merah. Doktor pakar mencadangkan untuk buang tonsil Sofia. Ayahnya masih mahu tunggu sehingga besar, kalau-kalau tonsil ni makin behave. kunonnya. 

Awal tahun 2023, makin kerap demamnya, sebulan dua kali. Ya, ibu mana tak risau. Demam dan tertinggal pelajaran. Akhirnya Cda dan suami buat keputusan untuk buang juga tonsil Sofia, masa cuti sekolah waktu yang terbaik untuk buang tonsil.

16 Februari 2023 :- 
Hari Anugerah Cemerlang sekolah kebangsaan. Seronok Sofia dalam hadiah Pencapaian Terbaik PBD. Waktu ni dia request nak bergambar dengan Guru Kelas dia bersama sijil yang dia terima. Ibu turutkan, selalu tak mahunya dia bergambar.

17 Februari 2023 :- 
Hari Lahir Sofia ke8! Alhamdulillah anak ibu sudah besar.

18 Februari 2023 :- 
8 pagi : Hari Anugerah Cemerlang sekolah agama. Sofia suka sebab dapat hadiah Tempat Pertama dalam kelas dan Mata Pelajaran Terbaik, hadiah sijil bersama bouquet jajan. 😀 

1 petang : Selesai hadiri kenduri, Cda dan Sofia ke Klinik untuk buat PCR & RTK untuk kemasukan wad pada 20 Februari 2023.

20 Februari 2023 :- 
8 pagi : bersama Sofia check-in hospital yang jaraknya 4km dari rumah. 

10 pagi : Sofia ditolak ke dewan bedah, ditemani ibu hingga Sofia ditidurkan. Doktor maklumkan prosesnya dalam 45minit. 

Ibu sudah panik, dari 45 minit berinjak ke 2jam, masih belum keluar dewan bedah. Naik ke wad, tanya nurse situ, ya! Sofia masih belum keluar dewan bedah. ha sudah. Ibu mulai berair mata. Hati ni masih positif mengharapkan semuanya baik-baik belaka di dalam tu.

2 petang : Sofia keluar dewan bedah masih ada kesan bius. First time ibu nampak Sofia jeling buat derk dekat ibu dan ayah dia. 😂 Setelah ditolak ke dalam wad, Sofia sambung tidur sehingga petang.

5 petang : Doktor datang melawat. Doktor berkali-kali nasihatkan Sofia supaya jangan menangis dan makan benda sejuk. Anak ibu mendengar kata, walaupun sakit dari pembedahan itu masih ada, dia tahan. Cda perasan tiap kali menelan air liur, muka dia berkerut tahan sakit, langsung dia minta ais krim vanila. Doktor sudah maklum, selepas pembedahan ini dalam mulut Sofia akan ada putih-putih seperti sakit mulut selama 2 hingga 3 minggu. itu normal.

7 malam : Sofia jamah bubur nasi. sikit berselang seli dengan ais krim. Ayah datang melawat, tak mahu nya dia berborak dengan ayah dia. 😁 

Sepanjang malam, tidurnya nyenyak. Siap berdengkur. 


21 Februari 2023 :-
12 tengah hari : Doktor datang sekali lagi untuk periksa keadaan Sofia. Setelah semuanya ok, Sofia dibenarkan pulang. Waktu ini dia mula bercakap. Doktor menyampaikan amanat terakhir. Jika berdarah segera datang ke hospital semula tak kira waktu bila, kerana ini serius. seminggu ni seharusnya banyak makan benda lembut dan sejuk.

4 petang : Sofia keluar wad. Ayah setia menunggu dirumah. 

10 malam : tok, wan, dan tokcik dari kampung selamat sampai ke sini. kerana risaukan cucu mereka. daripada sumber tak sahih, pembedahan tonsil ini kena tebuk di leher, dah risau jadinya. Cda sudah berkali-kali cakap tak perlu dirisaukan sangat. 

Hari ini, Alhamdulillah.. genap 2 bulan selepas pembedahan, Sofia sihat sepenuh. 

Cda 4/20/2023 10:47:00 pm
Read more ...


Cda 2/15/2023 12:06:00 am
Read more ...



Cda 2/03/2023 09:35:00 am
Read more ...



Cda 2/02/2023 12:34:00 am
Read more ...


 

Cda 2/01/2023 10:32:00 am
Read more ...


Cda 1/31/2023 09:31:00 am
Read more ...


 

Cda 1/30/2023 09:30:00 am
Read more ...


Cda 1/29/2023 09:29:00 am
Read more ...


Cda 1/28/2023 10:28:00 am
Read more ...


Cda 1/27/2023 10:27:00 am
Read more ...
Cda 1/26/2023 10:26:00 am
Read more ...

 

Cda 1/25/2023 10:25:00 am
Read more ...


Cda 1/24/2023 10:23:00 am
Read more ...


Cda 1/23/2023 08:30:00 am
Read more ...

 

Selamat Ulangtahun Kelahiran En Suami.
Mimpiku menjadi sempurna saat ada kamu menjadi suamiku. Hidupku makin jadi indah tika kau hadir melengkapi kekuranganku. Terima kasih suamiku tersayang, selamat ulang tahun dan semoga cinta kita akan terus kekal hingga ke jannah.

Cda 1/23/2023 12:16:00 am
Read more ...
Cda 1/22/2023 06:15:00 pm
Read more ...
Cda 1/21/2023 11:25:00 pm
Read more ...
Cda 1/20/2023 10:24:00 am
Read more ...
Cda 1/19/2023 12:23:00 pm
Read more ...
Cda 1/18/2023 01:21:00 pm
Read more ...
Cda 1/17/2023 08:49:00 pm
Read more ...
Cda 1/16/2023 12:48:00 pm
Read more ...
Cda 1/15/2023 08:46:00 am
Read more ...
Cda 1/14/2023 09:43:00 am
Read more ...


Cda 1/13/2023 01:08:00 pm
Read more ...


Peribahasa Lain :

Cda 1/12/2023 01:12:00 pm
Read more ...
Cda 1/11/2023 01:50:00 pm
Read more ...


Cda 1/10/2023 01:34:00 pm
Read more ...

Cda 1/09/2023 09:31:00 am
Read more ...
Setahun sudah tidak review novel. Hari ini nervous nak mulakan review. Moga dipermudahkan urusan kita semua hari ini, InsyaAllah.


Tajuk : Its You Always You...
Penulis : Acik Lana
Halaman : 664 ms
Untuk bacaan 18 tahun ke atas

Sinopsis :
Tragis, memang tragis apabila menjadi saksi atas pembunuhan mengerikan bapa saudara sendiri didepan mata. Pasti trauma. Itulah yang dihadapi oleh seorang gadis bernama Jhia. Secara tidak langsung mengulangi peristiwa lalu, semasa pembunuhan ayah kandungnya sendiri. Kemudian, Jhia diculik pula oleh pembunuh, Zayn seterusnya membawa ke pulau rahsia.

Dendam Jhia terhadap pembunuh! Zayn makin menjadi-jadi dan menyebabkan Jhia sedaya upaya mencari jalan untuk melarikan diri. Pelbagai rencana telah diatur oleh Jhia, sehingga pada suatu malam, dia berjaya keluar dari rumah Zayn dan masuk ke dalam hutan. Namun, kantoi dek Lutfan, orang kanan aka orang kuat Zayn. 

Jhia dapat rasanya sesuatu yang lain dalam diri Lutfan. Jhia sedaya upaya memujuk Lutfan untuk membantunya melarikan diri dari pulau rahsia ini. Setiap kali, pasti akan menemui jalan buntu. Lutfan setia dengan Tuan Zayn dia! Hinggalah suatu hari, Lutfan berpaling tadah hanya disebabkan dia ternampak sesuatu pada Jhia.

Mereka berjaya larikan diri. Dan menyembunyikan diri di pulau Lutfan. Banyak pulau rahsia dalam cerita ini. Lutfan yang dulunya muka seposen, sekarang mulai  pandai mengorak senyum. Sesuatu yang sangat Jhia suka! Wah! Macam ada sesuatu saja antara mereka berdua.

Namun panas tidak sampai ke petang, hubungan mereka mulai tegang tatkala Jhia ternampak sesuatu yang pada awalnya cuba disorok oleh Lutfan. Maka ribut taufan mula melanda. Pelbagai cara Lutfan cuba lakukan untuk menambat hati Jhia semula. Part ni paling best! Jangan lupa untuk baca cerita seterusnya.
Cda 1/08/2023 09:35:00 pm
Read more ...

Cda 1/08/2023 08:16:00 pm
Read more ...
Cda 1/07/2023 10:16:00 am
Read more ...

Cda 1/06/2023 01:11:00 pm
Read more ...
Cda 1/05/2023 01:05:00 pm
Read more ...
Cda 1/04/2023 12:50:00 pm
Read more ...
Cda 1/03/2023 01:10:00 pm
Read more ...


Cda 1/02/2023 12:09:00 pm
Read more ...
Cda 1/01/2023 10:07:00 pm
Read more ...
Welcome 2023! Farewell 2022, pelbagai suka dan suka silih berganti. Pelbagai peristiwa berkunjung tiba, Alhamdulillah. Semua yang terjadi adalah atas kehendakNya dan kemampuan kita untuk menghadapi. 
Setiap dari kita pasti bersemangat dalam mencapai misi tahun 2023. Ada yang nak kurus, ada yang nak sihat, ada yang nak cantik, dan tak kurang juga ada yang nak senantiasa muda jelita. Cida? Masih carry forward misi tahun-tahun sebelum ini.

Paling manis dalam hidup Cida tahun ini adalah bersiap sedia untuk sesi persekolahan anak, Sofia ke tahun 1.  Beli belah baju sekolah, bersama Sofia. Letih tapi gembira dengan keletah budak eksaited nak ke sekolah. Moment tu tidak dapat diulang tayang. Sepanjang Sofia bersekolah berbagai ragam Cida hadapi. Mujur drama swasta seawal pagi belum ada. 

Alhamdulillah UP2, Sofia peroleh tempat pertama dalam Kelas. Moment tak dapat Cida dan suami lupakan adalah bilamana Mak Sedara (tok sedara) tanya apa Sofia nak sempena hadiah kejayaan beliau, benda yang Cida dan suami tidak sangka, dia cakap pada tok sedara Sofia nak doa dari tok cik supaya Sofia dapat adik. Allahu, sebak dan berair mata Cida pada waktu tu.

Perginya seorang mak mertua pada 2 Syawal, amat memilukan kami sekeluarga. Banyak kenangan manis dan pahit bersama arwah terutama suami, beliau antara yang paling rapat dengan arwah, sehingga kini masih teringat keberadaan arwah. 

Adik di Ipoh ditimpa musibah. 

Cida juga di uji dengan 2 kali pembedahan kecil pada bulan Jun dan November baru-baru ini. Terima kasih pada doktor yang telah membantu Cida. 

Biarlah jadi kenangan untuk diingati dan dirindui.

Perancangan pada tahun 2023 ada yang telah dijadualkan, dan ada yang masih dalam perancangan. Antaranya adalah Pembedahan Buang Tonsil Sofia pada 20/02/2023, dan Temu Janji bagi Pembedahan Katarak Mata Mak di kampung pada bulan 8/2023 nanti. Doakan kedua-duanya berjalan dengan lancar.
Cda 1/01/2023 10:25:00 am
Read more ...