AYAM MASAK LEMAK CILI API



Ayam Masak Lemak Cili Api | sebenarnya masa scroll fb pagi tadi ternampak ada friend list share resepi ni. terus terasa mengidam nak masak. tunggu lah sampai balik rumah tadi, terus masak. hasilnya berbuka ayam masak lemak cili api bersama, sup ayam untuk sophea dan bendi goreng telur.

Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan:
3/4 ayam - potong kecil dengan kulit sekali
1 kotak santan / santan perah
Secubit Garam
2 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan kisar:
10 - 15 tangkai cili api hijau
5 - 8 tangkai cili merah
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara cara:
  • Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat. 
  • Kisar semua bahan kisar hingga lumat. 
  • Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
  • Masukkan bahan kisar dan kacau rata rata bersama ayam. 
  • Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan asam keping.
  • Buka api perlahan sahaja sehingga ayam masak empuk. Tambah garam, jika perlu.
  • Bila kuah pekat dan terbit minyak, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan.
gambar : google

3 comments:

  1. baru je haritu makan tapi letak kentang lah hihi fav kot menu ni

    ReplyDelete
  2. Suka menu nie.. Kalau ada kentang dengan tomato lagi best..

    ReplyDelete