Agar agar Santan Gula Melaka | sebenarnya dilema nak buat puding karemel ka agar agar biasa. tapi last-last jadi agar agar lain pulak dah. hahaha
Resepi : Agar Agar Santan Gula Melaka
Bahan-Bahan:
• 10-12 gram agar-agar
• 3 1/2 cawan air
• 3 helai daun pandan
• 1 biji telur
• 1 cawan santan pekat
• 1 cawan santan cair
• 1 ketul gula melaka
• 1 sudu besar gula merah thai
• 1 sudu besar gula pasir
• 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
• Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana untuk mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.
• Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.
• Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
• Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.
• Tuang dalam loyang dan sejukkan. sebaik sejuk agar agar sudah separuh, dak sophea angkut makan.
sedap ni...makan sejuk-sejuk....amboi...nikmat.
ReplyDeletesedap !!! i love it ;D
ReplyDeletemy favourite agar-agar. mak saya rajin buat agar-agar ni :)
ReplyDeleteSedapnya.....
ReplyDeleteBest makan time berbuka nie.. Tambah-tambah kalau sejuk..
ReplyDelete