Menceritakan pengalaman diri sendiri sebagai pesakit Covid-19 tak bergejala, hanya untuk perkongsian bersama.
21 Jun, disebabkan rasa kurang yakin dengan diri sendiri setelah hampir 80% officemate kena kuarantin kerana salah seorang positif pada 14 Jun, ujian swab test, PCR telah dibuat di sebuah klinik swasta. Untuk pengetahuan, walaupun agak rapat dengan pesakit Cida bukanlah close contact bagi kes ini. Sebab dari awal tahun sehingga sekarang, jadual penggiliran bekerja di rumah masih dipraktikkan. Kali terakhir berjumpa seminggu sebelum kejadian, SOP masih dijaga. Bila memikirkan anak Cida diasuh oleh mak mertua, perasaan kuatir dan bimbang makin menebal dalam diri ini. Lepas buat swab test, balik rumah terus asingkan diri dari anak dan suami sehingga result swab test keluar pada keesokkan harinya. Tambahan info, masa ini belum terima suntikan vaksin lagi.
22 Jun, result ujian swab test positif pada CT Value yang tinggi kebarangkalian untuk tersebar adalah kurang. Masa tu, down sangat dan termenung, sebab dalam seminggu tu masa banyak terluang dirumah. Syarikat dan rakan sekerja telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Suami terus buat ujian swab test PCR. Pada hari yang sama, temu janji swab test anak diperolehi melalui panggilan telefon dari KK berdekatan.
Pada 23 Jun, result swab test suami telah keluar, Alhamdulillah negatif.
Tengah hari 24 Jun ke Covid Assesment Center [CAC] untuk pakai gelang pink pada kadar oksigen dalam darah SPO2 98%, jadi Cida dibenarkan kuarantin dirumah atas nasihat doktor. Setelah selesai, balik rumah sambung kuarantin. Manakala suami dan anak berasingan ke KK untuk swab test anak dan mereka terus pakai gelang pink. Result anak diterima selepas 3-4 hari, Alhamdulillah negatif.
Sehingga, 1 Julai tamatlah episod kuarantin di rumah di dalam bilik berasingan dengan anak dan suami. Berhubung melalui video call dan jerit-jerit di sebalik pintu bilik. Satu meja dan kerusi kecil ditempatkan di tepi pintu bilik sebelah dalam bilik Cida, segala makan minum diletakkan di atas meja. Pinggan dan cawan hanya guna yang pakai buang. Aktiviti semasa kuarantin, bangun, tido, makan, baca buku, tengok tv, dan bersenam sikit. Potong gelang pink di CAC yang sama dengan kadar oksigen SPO2 99%.
3 & 5 Julai suami dan anak potong gelang pink seperti dalam surat yang dinyatakan.
6 Julai, Cida terima temu janji melalui apps MySejahtera untuk vaksin. Namun terpaksa tunda kerana status MySejahtera merah.
13 Julai, temu janji kedua vaksin dan lengkaplah vaksin bagi Cida dan suami.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda positif Covid-19 :
- Pastikan anda tahu nombor kecemasan, CAC dan PKD berhampiran tempat tinggal anda. Selalunya akan diberikan oleh klinik tempat swab test di buat. Disebabkan kes sekarang makin meningkat, urusan KKM makan masa, jadi jangan salahkan mereka, sekiranya perlu kita yang kena cari mereka. Cida call KK berhampiran maklumkan positif, dan keesokkan harinya terima temu janji untuk swab test anak.
- Asingkan diri dengan ahli keluarga yang lain termasuklah bilik mandi. Sekiranya terpaksa berkongsi bilik air, pastikan selalu di cuci dan di sanitasi dan memakai pelitup muka.
- Digalakkan guna pinggan cawan pakai buang, tong sampah dan bakul baju asingkan dan letak dalam bilik. Sekiranya nak cuci baju, bungkus dalam plastik kemudian bawa baju untuk dicuci bersama pencuci pembasmi kuman, sidai berasingan dengan baju ahli keluarga yang lain.
- Banyakkan ambil vitamin C, makan buah buahan dan minum air yang banyak. Cida order air botol mineral 1 carton dan simpan dalam bilik.
- Bekalan ubat, barang-barang seperti oxymeter semua tu hendaklah sentiasa ada dan mencukupi.
- Paling penting, sentiasa maklumkan keadaan kepada ahli keluarga agar mereka sentiasa alert dengan keadaan pesakit.
Antara perkara yang pesakit Covid19 kena hadapi sehingga hari ini adalah pandangan orang sekeliling terhadap kita. Sekiranya kawan-kawan, masih diterima tetapi bila ahli keluarga sendiri ada yang menuturkan perkataan-perkataan yang tak enak didengar. Bertabahlah kita ya, walaupun kita tak minta untuk positif, ini adalah ujian yang perlu kita lalui. Alhamdulillah ahli keluarga Cida dikampung walaupun jauh, mereka masih bertanya khabar dan mengambil tahu keadaan Cida setiap masa sehingga ke hari ini.
Terima kasih kongsi pengalaman ni..
ReplyDeleteSemoga ibucida sihat sepenuhnya dan semoga kita semua dilindungi daripada virus covid 19 ni.