BubbleBee Sweet, As Your Smile!

Alhamdulillah.. baru hari ini diberi peluang merasa produk BubbleBee ni. Itupun order melalui grabfood. Cida order Bubblebee Kajang. Nak walk-in dengan keadaan sekarang, rasanya tak sanggup. 😐 Teringat BubbleBee teringat arwah Siti Sarah, Al-Fatihah. 


Honey Ice Cream - kesukaan Sofia, lapisan aiskrim dan cornflakes ni sedap kalau makan di waktu petang. Rasa rangup dan manis yang sedang elok. Cida nak rasa Golden Series Ice Cream sebenarnya, tapi dah unavailable. Takda rezeki nak merasa. 😉
Chocolate Brownies - kesukaan suami. Peminat coklat boleh cuba Chocolate Brownies ni. Sedap juga. Kena dengan tekak suami yang gemarkan manis. 
Caramalized Honey Golden Pearl - antara kesukaan Cida, sebab rasanya yang kurang manis. Rasa manis honey bila kunyah golden pearl ni. 

Untuk yang nak merasa, boleh layari laman web https://www.bubblebee.com.my/ dan dapatkan lokasi outlet-outlet bubblebee ni. Harga berbaloi. Minuman ni memang manis, kenalah dengan trademark nya "Sweet, As Your Smile!".

4 comments:

  1. Nak kena cuba juga ni. Tengok ramai yang sanggup berbaris panjang. Mesti sedap kan. Cawangan pun bertambah tambah. Alhamdulillah..

    Memang betul. Tengok bubblebee ni teringat arwah.. Setiap minggu mesti ada post tentang bubblebee ni dengan anak anak.

    ReplyDelete
  2. Nak rasa tapi setakat ni belum ada meng order lagi. In sya Allah satu masa nak mencuba juga.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Belum berpeluang lagi untuk cuba Bubblebee ni.

    ReplyDelete