Pembedahan Katarak Mata Kanan Mak

Pembedahan Katarak Mata Kanan Mak. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Baru berkesempatan update dalam blog. Sebelum menutup jendela tahun 2021, kami dua beranak telah selamat mendarat di kampung halaman sebab mak Cida kena operate katarak mata. Tak lupa juga, adik Cida pun balik ke kampung sendirian. Sebab balik kali ni, memang keutamaan pada mak. 

25 Disember, tinggalkan ayah Sofia berseorangan dirumah selama lapan hari atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan. Pertama; MIL masih di hospital ekoran hempedu pecah sejak bulan September 2021 yang lalu, masih belum dibenarkan pulang ke rumah. Kedua; ada program yang diperlu hadiri oleh ayahnya. Ketiga sebab cuti yang tak berapa have-have ni. 

Antara yang teruja bila tiba di KLIA termasuklah ibu nya, kali terakhir naik flight tahun 2017. 😉
Selamat sampai pada petang, dan terus hadiri majlis perkahwinan anak sepupu di kampung. 

27 dan 28 Disember - Cida dan mak datang check-in di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar sehari awal untuk prosedur swab test. Cida selaku penjaga, kena beli Covid Test Kids dan datang buat swab test sekali dengan mak. Masa ni letih berulang alik sana sini. Dapat masuk wad jam 2.30 petang, dari 8.00 pagi sampai hospital. Keesokkan paginya, mak selamat jalani pembedahan katarak mata. Kami berdua dibenarkan balik ke rumah pada sebelah petang hari yang sama. Mak pun masih dalam keadaan berhati-hati. Datang hero Malaya, adik bawa mak ke kereta dengan wheelchair.

Dirumah, bermula rutin harian yang baru. Ada anak perempuan sorang yang terlalu risau, sampai mak nak bergerak pun dipimpin. 😇 macam misi pencen dah Cida ni. Selepas seminggu pembedahan, mak sudah boleh buat perlahan-lahan. Nasihat dari jururawat, hanya boleh angkat berat bawah 5kg. Cida buat kesimpulan, tak payah langsung angkat berat. 😁😁 Risau bila tekanan terlalu banyak akan beri kesan pada mata. dan paling penting kena pakai cermin mata hitam walaupun duduk dirumah. hihihi 

2 Januari 2022 - Cida bertolak balik ke Selangor dengan ex-officemate


Dalam perjalanan balik, banyak tempat kami singgah. 



Hujan dari Perak hingga ke rumah Cida. Kami sampai jam 12.00 malam.

Antara yang dicari. Kopi Gantung.

2 comments:

  1. Dengar pembedahan mata terus seriau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. cida pun seriau tgk mata mak lepas operation. merah sehari dua pada tempat operate tu.

      Delete