Booster dan Kesannya

Booster dan Kesannya . Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Pertama sekali Cida nak maklumkan ini adalah kesan yang berlaku pada Cida, bukan pada orang lain, baik suami mahupun rakan sekerja.
25 Januari - Cida dan suami pergi ambil booster melalui temujanji Mysejahtera. Kebetulan temujanji kami berdua jatuh hari yang sama dan tempat yang sama. Perjalanan dari rumah tidaklah mengambil waktu yang lama sebab agak dekat dengan rumah.

Sampai di PPV, Cida dan suami terus masuk untuk daftar dan semuanya berjalan lancar sehingga selesai di cucuk. Selepas cucuk, pergi makan dan pulang ke rumah. Tiada aktiviti lain pada petang tu

26 Januari - Paginya Cida mula rasa sakit kepala dan sakit pada tempat dicucuk semalam. Sakit kepala yang memusing - bukan mengandung. Pergi jumpa doktor, doktor nasihat Cida banyakkan rehat dan minum air, serta tidur awal. Ubat panadol dibekalkan. Balik rumah memang tidur sepanjang hari. 

27 Januari - Gagahkan diri ke tempat kerja sebab pikirkan ada benda perlu diselesaikan. Ditempat kerja, banyak "ukur meja" dan Alhamdulillah kerja dapat disiapkan juga. Kerap lah berulang alik ke tandas sebab rasa nak muntah. Selepas balik kerja, Cida tumbang terus.

28 Januari - Keesokkan harinya terpaksa minta suami bawakan ke klinik sebab tidak boleh bangun, kepala sakit tersangat-sangat. Lepas dapat nasihat dari doktor, Cida hanya boleh ambil penadol yang diberikan doktor sahaja selama seminggu hingga dua minggu selepas booster. Tidak digalakkan ambil sebarang ubat tahan sakit risau ada kesan sampingan. 

Dan harini, 30 Januari - kepala masih terasa sakitnya. Selepas 3jam ambil penadol, sakit kepala datang lagi. Bertabahlah sehingga seminggu dua lagi.

9 comments:

  1. Cida dapat Pfizer ke...kalau pfizer mmg kuat kesannya..Akak dapat AZ..pun lembik jugak..hari ni baru kebah demam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat AZ kak.. ni kalau kena pfizer, tak tahu macam mana cerita lepas ni. :-(

      Delete
  2. Thanks for your sharing, stay healthy...

    ReplyDelete
  3. Harap2 kesan sampinga sementara aje
    Semoga cepat pulih semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah WP, sekarang sudah sihat.

      Delete