Try Popping Candy McFlurry by McD . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ Sebut saja McD, semua golongan baik muda, kecil hingga warga emas, tahu apa itu McD. Selain menyediakan pelbagai jenis burger, McD juga mempelbagaikan menu dengan Ayam Goreng dan naget, McCafe, pencuci mulut, bubur ayam dan banyak lagi. Bulan lepas kalut McFlurry Cempedak. Bulan ni kita cuba McFlurry Popping Candy pula.
Disebabkan bekalan air ditaman perumahan Cida terputus diawal pagi kerana paip pecah, jadi dapur automatik tutup. Sofia pilih untuk makan McD. Kita layankan dia.
Antara gambar koleksi Sofia. Baju pun sudah sama warna mcflurry tu. Ibu jadi pemandu peribadi dia hari ini.
Gambar di ambil semasa berhenti cuci kereta. Aiskrim sudah mencair. "Ibu, sorry ibu gambar bergegar" 😂
Tengah makan, anak dara ni menjerit "ibu! ada popping dalam mulut Sofia, cuba ibu dengar" haa sudah ibu kena dengar dari mulut dia.
Sedap sambil makan candy ni meletup-letup dalam mulut. Terimbau kenangan dulu-dulu kita suka beli gula-gula magic pop ni.
wow..meletup-letup dalam mulut..
ReplyDeletebelum cuba lagi yg ni. biasa beli yg oreo je. perisa lain, pernah cuba yg ada karamel. tp manis yg amat yg tu. berdengung kepala haha
ReplyDeleteSeems delicious and different:) thanks for your sharing...
ReplyDeleteCantik warna aiskrim tu. Kebetulan pula warna baju sama dengan warna aiskrim.
ReplyDeleteada rasa aritu.. sedap kan tentu budak2 suka. tapi manis sikit la
ReplyDeleteTerpikat dengan warna-warnanya tu..
ReplyDeleteWahhh, ada flavor baru lagi McD ni. kadang-kadang memang tak terkejar..haha
ReplyDeleteBelum cuba lagi
ReplyDeleteMeletup2 tp tak berapa kena dgn tekak
ReplyDeletewah macam sedap je flavour baru ni. boleh cuba ni :)
ReplyDeleteBelum cuba lagi.
ReplyDeleteMeletop-letop ya hehehee