Happy Birthday Mak @ 14 Oktober

Happy Birthday Mak @ 14 Oktober . Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Balik kampung tempoh hari, sempat sambut ulangtahun mak. Alhamdulillah semua di permudahkan.

Pada asalnya, tempahan memang telah di buat untuk surprise birthday mak yang bakal kunjung pada 14 Oktober haritu. Tetiba pengumuman boleh merentas negeri berkuat kuasa, dapatlah kami sekeluarga potong kek bersama mak. Cda sekeluarga dan adik sekeluarga pulang ke kampung selepas dua tahun tak balik. Alhamdulillah dapat tengok mak ayah depan-depan. 

Kek kenalah bertemakan anak dara nan sorang tu. Kek pun sedap tak manis sangat. Yang ini plan digubal bersama abang dan adik.



Cda memang suka air tangan baker ni tau. Sebab hasil nya mak-ayah boleh makan, tak manis dan tak muak. Kalau di Kedah, ada baker kesukaan Cda, di Selangor pun ada juga. 

Surprise kedua, Cda tak da rakan kongsi. Sendirian. Beli ais-krim mattt. Buang tebiat mak kata anak perempuan sorang ni. Abang dan adik merajuk katanya surprise kali ini awat tak ajak mereka. 😆 ya Ampun... dari mereka merajuk, kita bagi makan ais-krim..







Selamat Ulangtahun Mak! Jika diberi kesempatan tiap kali balik, nak saja raikan Hari Lahir mak dan ayah hari-hari.

6 comments:

  1. Semoga mak Cida terus dilimpahi kasih sayang Allah swt. Mudah melunaskan ibadah. Sejahtera dunia dan paling bahagia di akhirat kelak. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Mak Cida! May Allah bless her, grant her with happiness, health and sentiasa dalam rahmat Allah SWT. ^^

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Mak Cida. semoga beliau terus sihat dan kuat sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kek.

    Semoga diberi kesihatan yang baik, sentiasa dimurahkan rezeki. Amin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat meraikan birthday orang tersayang. happy birthday tok dan sofia. Cantik keknya! Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Aaminn...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat meraikan birthday orang tersayang. happy birthday tok dan sofia. Cantik keknya! Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Aaminn...

    ReplyDelete