Jumpa kamu di sana sayang

Tanggal 11 Julai 2019, dalam perjalanan ke tempat kerja, kami telah kehilangan anak dalam kandungan. Sudah tertulis bukan milik ibu, ayah dan kakak sofia, kami redha. Setelah selesai semuanya, kami pun berangkat pulang ke kampung dan berpantang di sana.

Sampai di kampung dalam jam 12.40 tengah malam, kami kebumikan adik di tanah perkuburan di kampung. Atas nasihat dari imam masjid semuanya selesai sebelum jam 2 pagi.

Selang 2hari, si kakak tetiba menangis. Tanya ayah “mesti adik lemas, ayah letak adik bawah tanah” Allahu.. insyaAllah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Di kampung ibu dan kakak berehat sepenuhnya untuk kembalikan semangat dan pulih dari sakit. Di kampung takda makcik pakcik bawang sangat, di bandar terlalu ramai makcik dan pakcik bawang. Kami tak kuat nak hadap. 

12 comments:

  1. Be strong ya kak shu, adik tunggu dekat sana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis Anna.. ibu kuat kat sini bersama ayah dan kakak sofia

      Delete
  2. Salam takziah Shu. Fiza faham perasaan Shu. Fiza pun pernah mengalaminya last year. Thinks positive ye. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selamat berpantang Shu. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis Fiza. insyaAllah kuatkan semangat bersama kakak sofia dan ayahnya..

      Delete
  3. Salam takziah.
    Semoga dikuatkan semangat

    ReplyDelete
  4. salam takziah. semoga kuat hadapi ujian. insya allah ada hikmah disebalik kejadian dan ujian yang Allah bagi

    ReplyDelete
  5. SubhanaAllah.Berat dan sedih.Tapi inshaAllah akan ada rezeki indah daripada Allah SWT nanti Shu..

    ReplyDelete
  6. in shaa Allah ada rezeki kemudian nanti, shuhaida.
    redha ye.
    u must be strong :) keep smiling.
    adik menantimu di pintu syurga.

    ReplyDelete