Alhamdulillah badan kembali sihat sedikit setelah seminggu berehat dan berpantang di kampung. Harini masuk kerja dengan semangat dan niat yang baru. InsyaAllah.. Harini shu nak kongsi sedikit info mengenai bagaimana pengurusan jenazah janin yang gugur.
Imam al-Khatib al-Syarbini menyebut dalam kitab al-Iqna` (Hlm. 290) pada membicara kes mayat yang tidak dimandikan dan juga tidak disolatkan:
Maka difahami daripada ibarat di atas ialah, seperti mana yang disebut oleh Syeikh Muhammad al-Zuhali dalam al-Muʿtamad (1/629-630) :
Imam al-Khatib al-Syarbini menyebut dalam kitab al-Iqna` (Hlm. 290) pada membicara kes mayat yang tidak dimandikan dan juga tidak disolatkan:
“[Janin yang gugur dalam keadaan tidak mengeluarkan suara] yakni tidak diketahui tanda hidupnya dan tidak jelas rupa bentuknya (seperti manusia). Tidak boleh untuk disolatkan ke atasnya dan tidak wajib memandikannya. Sunat pula menutupinya dengan kain dan mengebumikannya. Adapun jika diketahui hidupnya dengan suara atau selainnya atau jelas tanda-tanda kehidupannya seperti menggigil atau bergerak-gerak maka hukumnya seperti kanak-kanak yang besar maka wajiblah dimandikan dan dikafankan dan disolatkan ke atasnya, dan dikebumikan, kerana tanda hidup dan matinya telah wujud secara pasti. Jika tidak diketahui hidupnya tetapi terzahir rupa bentuk (sebagai manusia) wajib untuk mempersiapkannya (yakni dimandikan, dikafankan dan dikebumikan) tanpa solat. Solat berbeza daripada selainnya kerana selainnya itu lebih luas medannya daripada solat. Ini juga berdasarkan dalil bahawa kafir dzimmi boleh dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tetapi tidak disolatkan ke atasnya.”
Maka difahami daripada ibarat di atas ialah, seperti mana yang disebut oleh Syeikh Muhammad al-Zuhali dalam al-Muʿtamad (1/629-630) :
- Jika janin yang gugur itu diketahui hayatnya, seperti keluar suaranya, menangis, dan kemudian mati, maka hukumnya sama seperti orang dewasa. Wajib dimandikan, dikafankan dengan tiga helai pakaian, disolatkan, dan dikebumikan.
- Jika janin yang gugur itu bergerak-gerak, atau menggigil, yang menunjukkan tanda hidup, tetapi tidak mengeluarkan suara, maka diambil kira kemungkinan wujudnya kehidupan. Justeru, janin itu apabila mati maka ia dimandikan, disolat, dan dikebumikan, atas dasar berhati-hati.
- Jika janin yang gugur itu tidak zahir padanya tanda-tanda hayat, sama ada tidak cukup empat bulan dan tidak zahir padanya rupa bentuk insan, atau cukup empat bulan dan zahir padanya rupa bentuk insan tetapi tidak bergerak dan tidak mengeluarkan suara, maka tidak boleh disolatkan. Tetapi wajib dimandikan, dikafankan dengan potongan kain dan dikebumikan.
- Jika wanita itu keguguran dan keluar seketul daging maka tidak sabit hukum kelahiran biasa. Justeru, tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan, hanya aula (utama) untuk ditutup.
Amil Safwan |
Janin dikebumikan di dada sedara lain yang telah meninggal dunia di tanah berkuburan yang sama. Sebelum tu, imam nasihatkan meminta izin ahli keluarga simati (nak tempatkan janin) terlebih dahulu. Dalam kes shu, ahli keluarga sendiri, maka urusan menjadi lebih senang. Selesai semua dalam jam 1 pagi. Percepatkan urusan kebumi sebab nak simpan hingga esok, tak manis rasanya. Dengan bantuan jiran dikampung semuanya selesai cepat. Terima kasih tak terhingga diucapkan.
Harini datang kerja, semua memberikan kata semangat buat shu. Alhamdulillah.. semangat telah pulih dan shu redha atas kehendakNya.
terima kasih utk perkongsian ni, shuhaida.
ReplyDeleteteruskan bersemangat ye :)
terima kasih
Delete