Simpan Kuku Panjang, “Boleh Tak Kerat Kuku Tapi Ada Syaratnya..”

Apa Tujuan Simpan Kuku Panjang?
Selalu sangat terserempak dengan kaum hawa berkuku panjang. Sengaja disimpan panjang. Ada juga yang potong tepi tapi tengah-tengahnya dibiarkan tajam. Kononnya cantik bila runcing.

Dia punya panjang, sampai terpaksa berusaha keras untuk tekan keyboard telefon bimbit. Salah tekan, terus typo. Nak tekan saya, jadi sayang. Jeng!

Ada juga kaum lelaki yang simpan kuku panjang di sesetengah jari. Tak tahulah apa tujuannya. Yang saya tak dapat bayang macam manalah waktu nak beristinjak dalam keadaan kuku panjang. Habis calar balar. Boleh bayang tak? Dah, dah tak payah bayang lagi.

Kuku ini kalau disimpan panjang, lebih kurang sama rupanya macam haiwan karnivor (maging). Alah haiwan pemangsa yang makan daging macam singa, harimau. Kan kuku panjang.

Baiklah, mari kita lihat hukumnya.

Hukum Memotong Kuku

Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa memotong kuku adalah sunnah daripada sunnah fitrah manusia. Disunatkan bagi setiap orang muslim menjaga kebersihannya dengan baik. Hukum ini sama sahaja, terpakai kepada lelaki mahupun wanita.

Dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: “الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ”

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Dari 5 sunnah fitrah ialah khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.”
[Hadis Riwayat Ibn Majah, no.292]

Juga hadis yang mengingatkan agar tidak membiarkan kuku panjang hingga lebih empat puluh hari.

وعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ، وَنَتْفِ الإِبِطِ، وَحَلْقِ الْعَانَةِ، أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْماً. رواه مسلم.

Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari.”

[Hadis Riwayat Bukhari, no.5889. Riwayat Muslim, no.257]

Boleh tak mahu kerat kuku, dikecualikan hanya ketika berlakunya peperangan sahaja.

Ini disebut pula dalam Kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

“Mengerat kuku adalah sunnah kecuali di masa peperangan, membiarkannya (ketika itu) adalah disunatkan.”

Beberapa hukum berkenaan kuku yang boleh kita ambil perhatian:

• Cara memotong kuku, sebaiknya dimulakan mengerat kuku tangan kanan terlebih dahulu barulah kiri. Begitu juga untuk kaki, hendaklah dimulakan dengan kaki kanan.

Sebagaimana apa yang Rasulullah SAW selalu ajarkan agar mulakan sesuatu dari sebelah kanan:

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: إِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي طُهُورِهِ إِذَا تَطَهَّرَ، وَفِي تَرَجُّلِهِ، إِذَا تَرَجَّلَ، وَفِي انْتِعَالِهِ إِذَا انْتَعَلَ

Daripada Saidatina ‘Aisyah r.a: “Rasulullah SAW lebih suka menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan beliau; dalam bersuci, menyikat dan memakai sandal.”

[Hadis Riwayat Bukhari, no.231. Hadis Riwayat Muslim, no.268]

• Dilarang mengerat kuku bahagian tepi, dan meninggalkan bahagian tengah hingga kelihatan tajam dan meruncing kerana ia akan menyebabkan terkumpulnya kotoran.

[Sabah al-Samarrai’ (Dr.), hlm.76. Al-Farghani, jil.3, hlm.411]

• Makruh mengerat kuku menggunakan gigi. Hendaklah menggunakan pengepit kuku. Al-Farghani menyebut bahawa mengerat kuku menggunakan gigi antara punca menyebabkan penyakit.

[Nizamuddin, jil.5, hlm.358]

Islam itu indahkan? Cantik sangat. Hinggakan bab potong kuku pun diajar Rasulullah SAW.

Hikmahnya Potong Kuku

1. Mengerat kuku adalah bersesuaian dengan fitrah manusia yang sempurna. Ia juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Bila sunnah, sudah pasti akan ada pahala menanti.

2. Bila dibiarkan panjang, maka akan terkumpullah segala sisa-sisa kekotoran biarpun dah bersihkannya. Kita mana nampak kumankan? Sudah tentu akan mendatangkan penyakit nanti. Bayangkan lagi, dengan kuku yang panjang itu diulinya tepung buat kuih dan roti canai. Padukan? Diramas-ramas pula santan pekat putih berubah jadi kelabu. Bayangkanlah kita makan makanan tu. Erk!

3. Bila kekotoran terkumpul, menghalang untuk kita bersuci sempurna (mandi hadas dan wudhuk) hingga sampai air ke lapisan kuku.

4. Mengelakkan orang Islam sama semacam orang fasik dan kafir dan juga semacam binatang buas.

Jadi… pesanlah kepada kawan-kawan, adik-beradik, saudara-mara yang simpan kuku tu. Tak cantik pun simpan panjang. Kitakan manusia. Potonglah, jangan tunggu panjang tau. Boleh tolong share dan tag ya.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita semua.

8 comments:

  1. nice sharing! sha mmg selalu potong kuku paling paling pun 2 mnggu sekali 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu asal dah nampak segaris putih terus potong, sofia pun kalau nampak dah pjg cepat gtau utk dipotong, sebab ada "syaiton" katanya. ngeee

      Delete
  2. Kalau simpan kuku panjang, nak buat kerja2 rutin seharian pun susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul WP. kadang-kadang tersangkut dengan benang lah, mcm-mcm hal.

      Delete
  3. nice sharing. belajar ilmu baru baca article ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak simpan kuku kena p berperang. hehehehe tq

      Delete
  4. Saya memang kena potong kuku dua kali seminggu. Tak boleh tengok kuku panjang sebab tak suka bila makan guna tangan ada sisa makanan yang masuk dalam kuku😅

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bagus.. kuku pendek, kebersihan terjamin..

    ReplyDelete