Jodoh Itu Milik Kita oleh Sara Aisha (2012)


Sinopsis :
Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri? 


Review :
4/5 rate. Dahlia seorang gadis yang ditinggalkan oleh tunang, Syafiq dihari pernikahan telah menerima Aariz didalam hidupnya (abang kepada Syafiq). Di awal perkahwinan mereka, sifat ingin mengenali satu sama lain menerbitkan satu perasaan yang indah. Tanpa sedar, masing-masing terpaut antara satu sama lain. Namun kepulangan Syafiq setelah agak lama menghilang diri telah sedikit sebanyak mengganggu-gugat keharmonian rumah tangga Aariz dan Dahlia. Pelbagai dugaan datang kerana perasaan sakit hati Syafiq terhadap Aariz. Hampir saja membuatkan mereka kehilangan ibu sendiri dan Dahlia mungkin terkorban. (baca : 2&3-Jan-19)


5 comments:

  1. suka sangat novel ni!!!! tapi dulu ada orang pinjam pastu skrg taktau ada kat sapa huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kak! Aariz tu yg sedih. kesian dia. best novel ni

      Delete
  2. Rasanya novel ni diadaptasi ke drama. Kalau tak silap, pelakon utamanya Tiz Zaqyah dan Farid Kamil. Saya dah pernah baca novel dan tonton dramanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow terbaik sis, shu mungkin tak tengok drama ni agaknya. memang tak ingat. hukhuk.. tq for info.

      Delete
  3. Best ceritanya ni..dan dah diadaptasi dah.

    ReplyDelete