Hatyai, Thailand - Hari Pertama

Hatyai, Thailand - Hari Pertama | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Cda ingin berkongsi pengalaman percutian bersama keluarga selama 3hari 2malam di Hatyai, Thailand. Walaupun kami pernah merancang untuk ke Langkawi beberapa kali, rezeki kami mungkin masih belum ada di sana.

Kami bertolak dari kampung seawal 5.30 pagi dengan penuh semangat. Cda bermalam di kampung sehari sebelum perjalanan. Sempat meluangkan masa bersama keluarga. Sampai di Padang Besar, kami sempat solat Subuh sebelum memasuki sempadan. Alhamdulillah, proses chop passport berjalan lancar. 


Setelah sarapan, kami memulakan perjalanan ke lokasi pertama. Hari pertama kami diisi dengan melawat Erawadee, kilang minyak herba terkenal. Di sana, kami diberi beberapa penerangan mengenai minyak herba. Cda suka "Original Herbal Inhaler" dalam gambar dibawah, boleh hilangkan migraine. 


Seterusnya, kami ke Kilang Kacang untuk mendapatkan pelbagai jenis kacang sebagai snek. Tidak lengkap rasanya tanpa singgah di Nora Plaza untuk membeli beg-beg yang cantik. Kemudian, kami ke Kedai Baju Kaysorn mencari souvenir yang sesuai.

Selepas selesai shopping dan makan tengah hari, kami check-in ke hotel dan berehat seketika. 

Kami ke Asean Night Market, menikmati suasana meriah sambil mencuba pelbagai hidangan tempatan. Malam diakhiri dengan makan malam yang enak dan penuh gelak tawa bersama keluarga. Memang hari yang memuaskan!

Kami balik ke hotel semula dengan menaiki Tuk2, ini pengalaman pertama naik Tuk2.

Rasa teruja untuk meneruskan pengembaraan ini!

1 comment:

  1. OMG, banyak kali merencanakan ke Hatyai, tp tak jadi2 😄😄. Teringiiin sangat. Selama ini selalunya ke Bangkok, tp teman2 kata Hatyai pun sangat menarik, dan banyak muslim foods .

    ReplyDelete