Jika Itu Takdirku Oleh F.H.Y (2021)

Jika Itu Takdirku Oleh F.H.Y . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥  

Judul: Tika Itu Takdirku Oleh F.H.Y (2021)
ISBN: 978-967-469-181-3
Halaman: 465
Penulis: F.H.Y

Anafisha, dan Ameena seperti kembar, kemana-mana mereka pasti bersama. Ada saja benda dijadikan bahan untuk bergaduh. Riuh rendah. Fish anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan kedua ibu bapa Ameena dari umur sembilan tahun. Rumah Ameena seperti rumah kedua Fisha. 

Arrayyan, abang kandung Ameena yang belajar di UK dengan muka bekunya. Seorang perahsia. 15 tahun meninggalkan tanah air, tiba-tiba pulang bersama agendanya.

Sesuatu telah terjadi ketika bermalam di rumah keluarga Ameena diantara Fish dan Ray. Bermula dari situ, Fish cuba melarikan diri dari Ray. Sehingga berbulan menghilangkan diri. Ahkhirnya Fish tewas dengan pujukan supaya berkahwin dengan Ray. Itupun selepas Aunty Alyah dimasukkan ke hospital kerana rindukan Fish yang menghilangkan diri selepas kejadian malam tu.

Sebulan sebelum perkahwinan antara Fish dan Ray berlangsung. Mereka disambut dengan kepulangan mengejut Nine, sepupu Ameena dan Ray dari luar negara yang sukakan Fish. Mana tidaknya, Nine meluahkan perasaan pada Fish. Dan sudah tentunya Nine terlewat, itupun selepas mendapat berita bahawa Fish dan Ray bakal disatukan. 

Dihari perkahwinan mereka berdua, Melinda muncul dengan tanda tanya. Siapa Melinda ni? 

Ray mula menghilangkan diri selepas kemunculan Melinda, dari berminggu-minggu kepada berbulan-bulan. Kesian Fish. Untung Fish ni seorang usahawan berjaya yang pada mulanya hanya pemilik restoran, kemudian mula berkembang ke bisness perhotelan. Kesedihan itu diganti dengan kesibukan menguruskan perniagaannya. 

Badai yang melanda rumah tangga mereka kerana Melinda belum lagi surut. Muncul pula Badri. Dok "Yang" "B". Oh no! Lepas satu, satu dugaan datang. Sesuatu yang tragis bakal terjadi. Bagaimana Fish menangani ini semua? Jangan lupa baca novel ni 😆

8 comments:

  1. menarik juga novel ni..dah lama tak baca novel Melayu sebab nak cuba habiskan novel Inggeris yang diberikan kawan ada dekat 2 dozen kalau tak silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknya kak Fuzy sampai 2 dozen, jenuh nak habiskan..

      Delete
  2. Lamanya tak beli novel. Karya Seni ni salah satu terbitan yang kak PC suka Cida.

    ReplyDelete
  3. Baca sinopsis macam best...nanti boleh la cari sebab novel banyak x baca lagi kat rumah

    ReplyDelete
  4. woo byk gak dugaan dan konflik dlm novel ni

    ReplyDelete
  5. macam best tapi tak suka la konflik yang asyik main lari2 ni. penat nak baca..hehe

    ReplyDelete