Bubur Lambuk Terengganu

Salam Ramadhan.. Cida nak ucapkan juga Selamat Hari Pekerja pada semua. Walaupun pelbagai dugaan mendatang,telah kita lalui dengan tabah dan sabar. Hari ini masak ringkas kerana program bakar kuih raya telah bermula. 😆 anak dara yang pada mulanya semangat nak menolong, terus menghilang selepas ayah ajar tengok youtube guna pc. Ibu sorang bersilat di dapur. 😂

Semasa berbuka puasa, suami Cida terima dua bekas bubur lambuk versi Terengganu dari kawan suami. Ini adalah kali pertama Cida menjamah bubur lambuk versi Terengganu.

Pertama sekali bila Cida buka dapat bau ikan kembung. Bila rasa ada rasa ikan kembung dan ikan bilis. Lain macam bubur lambuk versi ini. Eh! terjumpa pula ulam dan daun kesom dalam bubur ini. 😄 Memang lain dari bubur lambuk yang pernah Cida makan.


Rasanya sangat sedap. Dengan pedas blackpaper nya, dengan ulam-ulamnya. Boleh buat tempahan ni. 😃
 
Bulan ni penuh dengan update berkenaan makanan saja. 😁😁 hehehe

No comments: