Durian Balls dan Nasi Atuk KFC

Ceritanya tadi semasa waktu rehat tengah hari tadi, Cida pergi cuci kereta yang sudah seminggu tidak bercuci. Dalam menunggu kereta siap dicuci, sempatlah order melalui aplikasi KFC dan kemudian pandu ambil saja. Disebabkan ini adalah kali pertama buat pesanan melalui kaedah self collect ni, Cida rasa sangat senang.

Pengguna boleh laras waktu untuk di ambil. Senang kan?


Durian balls pada cida sedap lah, dengan cheese nya. Filling rasa durian, Alisya suka pula. Jawabnya habis sebelum ayah dia nampak, baik bayang-bayang mahupun bau durian tu.


Nasi Atuk KFC pula cida hanya jamah sedikit dan selebihnya berkongsi rasa dengan officemate yang lain. Sambalnya kurang pedas. 


Alisya request ibu buat Durian balls di rumah. Ibu terus pening kepala. hikhik

5 comments:

  1. kita dah try dah durian balls ia tu. sedap juga. terasa isi dia tu..

    ReplyDelete
  2. dah try nasi atuk, sedap juga. sambal dia bagi saya nice la, tak pedas sangat..hehe

    ReplyDelete
  3. Durian balls tu tak cuba lagi..

    ReplyDelete