Tragedi Telur Ikan Kurau, 5 Beradik Meninggal Dunia


Assalamualaikum



Pernah antara kita dengar kisah yang pernah popular suatu masa dahulu mengenai "Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau"? Namun kejadian 43 tahun lalu itu masih segar di ingatan kita semua.

Menurut sumber, kejadian menyayat hati pada 1 Disember 1974 itu, lima beradik iaitu Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.

Ekoran kejadian itu juga, Kassim Alauddin (bapa mangsa) dikejarkan ke hospital termasuk Fatimah Hussein (ibu) serta tiga adik-beradik yang lain dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mangsa.






https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/11/23/maut-makan-telur-ikan
http://sukashares.blogspot.com/2017/11/sayu-kisah-di-sebalik-5-beradik-temui.html

6 comments:

  1. Allah... macam manalah perasaan ibu ayah tu masa tu kan. Hilang 5 anak sekaligus. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ni kak..

      Delete
  2. sedihnya baca kisah ni..macam manalah boleh beracun telur ikan tu

    ReplyDelete
  3. beracun ke telur tu? kalau dah ajal kan

    ReplyDelete