Kopi-O Cap Hang Tuah Kegemaran Sekeluarga

Bismillahirrahmanirrahim... Sudah menjadi kebiasaan setiap pagi baik di tempat kerja mahupun dirumah, Kopi Cap Hang Tuah ni menjadi peneman. Dulu terbiasa dengan nescafe, sekarang sudah sebati dengan kopi-o. Dah banyak cuba kopi jenama lain, namun cap Hang Tuah ni masih melekat di hati. Paling shu suka, kopi-o perisa Robusta ni. Pekat juga.


Kopi yang digunakan adalah jenis Robusta ini pekat dan kaya dengan rasa aromatik yang sedap yang memikat hati. Bancuh dalam cawan besar pun masih terasa kepekatan dari seuncang kopi-o ini. Pada mulanya, suami yang perkenalkan kopi ini. Lama-kelamaan dah jadi rutin setiap bulan pasti beli dua paket. Satu dirumah, satu di tempat kerja, minum bersama teman-teman.

Kopi yang digunakan adalah jenis Liberica. Jangan keliru, berlainan warna kerana biji kopi yang digunakan adalah berbeza. Tapi masih 2 in 1 ya. Kopi ini jenis cair sedikit. Shu sukakan biji kopi Robusta.

Ini antara keluaran terbaru dari Hang Tuah. Shu belum jumpa lagi, kalau jumpa mau di belinya. Dibawah ini adalah 3 in 1, jadinya tak shabar nak merasa...! Hingga kita berjumpa nanti..

Sedikit Mengenai Kopi Cap Hang Tuah :
Our story began way back before 1955. The founder, Allahyarham Tn. Hj. Zainal Bin Hj. Said had visualized his dream to establish a Malaysian style of coffee powder or more to known as Kopi-O under the brand of Hang Tuah, a Malay warrior.

According to folklore, his idea was not in favor to the British, which occupies Malaya during that time, due to Hang Tuah’s name could provoke and made a significant impact towards the independence of Malaya. And so, during this time, the coffee he brewed were branded as "Chap 3 Murid" (3 Student Brand).

Next on page here...

5 comments:

  1. Menarik ni, boleh try nanti 😎👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer try CS.. sedapp.. tak leh lawan kopi cap gantang. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. sedap.. setakat ni shu jumpa kopi ni dekat KL. klau ada kopi lain, boleh RA cadangkan. :D

      Delete
  3. Jenama ini Sha tak pernah cuba lagi.. Sedap ye Shu..

    ReplyDelete