Pada peringkat ini, ibu bapa sewajarnya menjadi teman bagi anak-anak agar dia belajar dari dirinya dimana mengajarkan anak adalah kawajipan orang tua.
“Wahai anak kecil, aku akan mengajarimu beberapa kalimah, jagalah Allah maka Allah akan menjagamu, jagalah Allah maka engkau akan menemukan-Nya di hadapanmu, jika engkau meminta maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah bahawa andaikata umat berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepadamu,maka mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu kecuali sesuatu itu telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Andaikata mereka berkumpul untuk membahayakanmu, maka tidak akan membahayalami kecuali sesuatu itu telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.” (HR. al-Tirdmidzi dan Ahmad)
1. Memanggil anak dengan nama yang baik. Apa ynag diucapkan orang tua akan dikabulkan oleh Allah SWT kerana doa orang tua kepada anaknya lebih makbul. Contohnya, anak pemalas, janganlah kita memanggilnya “pemalas” berulang-ulang kali.
2. Mengajar anak untuk berkata jujur. Kejujuran merupakan sesuatu yang penting, namun hanya sebahagian ibu bapa sahaja yang mengambil berat mengenai kejujuran anaknya. Beberapa perkara dapat dilakukan untuk menumbuhkan jiwa kejujuran pada anak, antaranya;
- Tidak membohongi anak. Contohnya, supaya anak itu tidak menangiskan jika dijanjikan dengan sesuatu barang, namun ketika sudah diam barang tersebut tidak diberikan.
- Menghargai kejujuran anak. Ramai ibu bapa tidak menghargai kejujuran anaknya. Oleh itu kejujurannya dianggap tidak penting sehingga dia akan mengabaikan kejujuran tersebut.
- Selalu motivasi anak untuk berlaku jujur. Sesungguhnya anak-anak itu sentiasa memerhati tingkah laku orang-orang dewasa yang berada di sekelilingnya dan akan meniru perbuatan mereka.
3. Memperlakukan dan mengajarkan anak dengan kelembutan. Dalam menghadapi tingkah laku anak yang hyper aktif memerlukan kesabaran, kelembutan dan kasih saying dari ibu bapanya. Jika tingkah laku anak dapat diatasi dengan senyuman kenapa harus diatasi dengan kemarahan, jika mampu dengan usapan kepada harus dengan cubitan.
4. Tidak banyak mencela anak ketika buat salah. Terdapat ungkapan yang menyebutkan bahawa sesungguhnya banyak melakukan celaan akan menimbulkan banyak penyesalan.
5. Membimbing anak berakhlak mulia. Anak-anak hendaklah dibiasakan dengan akhlak yang mulia, etika, moral dan nilai-nilai yang baik. Jangan sesekali anak-anak diberi dan ditontonkan dengan akhlak yang tercela seperti berbohong, mencuri, suka mencela, menghina, mengumpat dan sebagainya.
6. Mengajarkan anak agar menyimpan rahsia. Seharusnya ibu pada perlu bijak mengajarkan kepada anak-anaknya untuk menjaga rahsia. Tidak semua perkara boleh diberikan dan tidak semua rahsia boleh disebarkan.
7. Mengajari anak tentang azan dan solat. Antara beberapa tahap latihan anak untuk menunaikan solat, iaitu;
- Mengajarkan anak sebahagian hukum-hukum bersuci seperti pentingnya membersihkan diri dari najis, mengajar cara bersuci, adab-adab membuang hajat.
- Mengajar anak membaca surah al-Fatihah dan beberapa surah pendek sebagai persiapan untuk solat.
- Mengajar mereka berwuduk.
- Hendaklah kita mengigati bahawa pentingnya mendampingi anak-anak sewaktu solat Jumaat.
8. Mengajarkan anak untuk menghormati orang lain. Salah satu yang perlu kita ajarkan kepada anak-anak adalah menghargai orang lain dan saling menolong.
9. Memberikan kelembutan tanpa berlebihan. Menghormati anak, melayaninya dengan baik, menunjukkan rasa saying kepada anak, menanamkan pada dirinya bahawa dia memiliki tempat dihati ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya.
10. Memberikan keadilan kepada semua anak. Sebagai ibu bapa tidak seharusnya melebihkan sesuatu terhadap seorang anak.
Kredit : Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak by Nur Kholish Rif'Ani [1] [2] [3] [4]
Jadikan Rasulallah contoh utama
ReplyDelete