Review :
3/5 rate. Dhieya seorang anak yatim piatu berasal dari kampung. Dijual oleh bapak tirinya kerana berhutang. Firdaus anak seorang berpengaruh telah selamatkan Dhieya. Demi menjaga nama baik keluarga, Fir dan Dhieya disatukan atas kerelaan masing-masing. Berkahwin lah maksudnya.
Disebabkan sikap Dhieya yang terlalu lembut dan baik membuatkan hati Fir terbuka setelah lama tertutup kerana kecewa ditinggalkan kekasih lama, Kiranna. Mummy Fir yang terlalu memandang akan darjat seseorang berazam akan menjodohkan Fir dengan sepupunya Lin.
Setelah dua hati mulai bersatu, pelbagai rintangan dan dugaan datang silih berganti. Disiksa, dimalukan, dihina menjadikan Dhieya menjauhi diri dari Fir. Fir bangkit dari kemelut dalam diri dan mencari Dhieya dan anaknya.
Mampukah Fir dan Dhieya serta anaknya bersatu? Adakah Dhieya akan terus disiksa oleh mentua nya? Kena baca beb! (read : 31-Jan& 2-Feb-19)
Saya stress kalau baca novel yang ada watak mak mentua jahat mcm ni😅. Biasanya memang cenderung untuk skip babak yang melibatkan mak mentua tu.
ReplyDelete