Biskut Red Pearl | biskut pada mulanya orang tak pandang. lepas berbuka bagi tester, terus nak lagi. haaa.. nampak tak kesedapan dia. ahaha dak sophea pun makan sebab biskut ni takda kismis. dia tak pandai makan kismis.
Resepi Biskut Red Pearl
150gm buttercup
150gm tepung multipurpose
75gm gula aising
60gm cornflakes - ramas kasar
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1sb esen vanila
ceri merah - campuran dalam biskut dan hiasan
Cara-cara:
- pukul guna senduk kayu buttercup dan gula aising. kemudian masukkan esen vanilla.
- masukkan tepung dan gaul rata
- masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan ceri, kemudia gaul rata
- sudukan atas dulang pembakar
- letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
- bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 20-25 minit.
- sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
note : pukul guna senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Sha pernah buat.. Memang sedap biskut ini.. Tapi Sha tak bubuh ceri tu.. kikiki..
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeletesiapa yang tak pandang tu? Cantik biskut ni :D
ReplyDelete