Tips kekal segar di bulan Ramadhan

Tips kekal segar di bulan Ramadhan

Sudah hampir seminggu umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadhan, hari ni baru ada kesempatan untuk berkongsi dengan kalian. >.< dan ada di antara tips ini, telah ss praktikkan.

Tips kekal segar di bulan Ramadhan :
  • Aktiviti
    • Penuhkan hari kalian dengan aktiviti-aktiviti luar. Jangan duduk rumah sepanjang hari, 2,3x ke dapur, memang perut akan rasa lapar. Selesai sediakan juadah berbuka, eloklah keluar bersiar-siar sementara menunggu waktu berbuka.
    • Senaman ringan, seperti mengemas rumah, berjalan kaki, bersiar-siar di taman sesuai untuk dipraktikkan di bulan Ramadhan ni. Kalau awak berjogging, lari bagai nak rak, jatuh tergolek susah pula. sebab perut tengah kosong. :) buatlah aktiviti yang sepatutnya.
  • Menu sahur
    • Biasakan bersahur dengan nasi. ini mengelakkan perut masuk angin. nanti asyik pasang boom dalam office tu. hehehehe
    • Banyakkan makan sayur-sayuran, elakkan makanan bergoreng. Makanan bergoreng boleh buatkan kita cepat rasa haus.
  • Tidur
    • Elakkan tidur pada waktu petang. ini akan *memandulkan* perkembangan otak. Nanti badan asyik jadi lemau, lesu, dan letih.
  • Minum air masak
    • Perbanyakkan minum air masak. 3 liter air masak sehari. ini untuk gantikan air yang telah keluar dari badan kita. 
    • ss suka minum lepas bersahur. bekalan air masak sudah tersedia di hujung kepala. sementara nak lelapkan mata sebelum masuk waktu subuh, habis sebotol air ss kerjakan. botol air yang 1 liter tau? bukan yang 500ml. hehe

kalau ada tips lain, bolehlah kita berkongsi :)

No comments: